Kota Samarahan, Sarawak dan Sepang, Selangor kini dikategorikan sebagai kawasan zon merah susulan penularan pandemik Covid-19.

Kota Samarahan adalah daerah kedua di Sarawak dikategorikan sebagai zon merah selepas Kuching.

Sementara itu, Sepang menjadi dearah kelima di Selangor dikategorikan sebagai zon merah selepas merekodkan lebih daripada 40 kes positif Covid-19.

Sehingga tengah malam semalam, 23 daerah telah diisytiharkan sebagai zon merah. Sesebuah kawasan itu dikategorikan sebagai zon merah apabila ia mencatatkan lebih 40 kes.

Sehingga tengah hari semalam, Kota Samarahan mencatatkan 42 kes positif Covid-19 manakala 182 kes lagi dilaporkan di Kuching, Sarawak.