Sebanyak 24.62 juta topeng muka bakal diedarkan ke pusat Majlis Keselamatan Negara peringkat negeri dan akan diagihkan di peringkat daerah untuk diedarkan kepada semua isi rumah di seluruh negara.<br /><br />Menurut Menteri Pertahanan, Ismail Sabri bagi Sabah dan Sarawak, topeng muka akan dihantar oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dalam satu penerbangan khas Jumaat ini.
