Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan satu lagi sub-kluster jangkitan Covid-19 yang berkaitan dengan perhimpunan tabligh Sri Petaling, Kuala Lumpur.<br /><br />Sub-kluster terbaru itu dikesan di Rembau, Negeri Sembilan dan setakat ini 27 telah disahkan positif, kata Ketua Pengarah Kesihatan Noor Hisham Abdullah.<br /><br />Menurut Noor Hisham sub-kluster itu mula dikesan apabila beberapa guru di sebuah sekolah di daerah itu diuji positif Covid-19.