Akademi Perubatan Malaysia menggesa kerajaan melanjutkan perintah kawalan pergerakan (PKP) sehingga selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Kata kumpulan profesional itu dalam satu kenyataan semalam, balik kampung secara beramai-ramai boleh memburukkan lagi penyebaran wabak Covid-19.

Menurut mereka, penjarakan sosial akan gagal apabila perantau yang balik beraya berkumpul di hentian serta kawasan rehat dan rawat (RnR) sepanjang lebuh raya.

Tambahnya, meskipun keinginan untuk meluangkan masa bersama sanak-saudara sempena Hari Raya adalah sesuatu yang boleh difahami, namun penjarakan sosial perlu terus dilakukan sehinggalah vaksin baru ditemui.