Sebanyak 95 notis kompaun dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap individu yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) setakat semalam, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata individu yang dikenakan kompaun perlu membuat bayaran RM1,000 di pejabat kesihatan daerah atau balai polis berdekatan.

"Mereka akan diberi tempoh selama dua minggu untuk bayar kompaun yang dikenakan," katanya pada sidang media harian berkaitan perkembangan PKP di Putrajaya, hari ini.

Sebelum ini, PDRM memaklumkan pengeluaran kompaun kepada pesalah PKP itu yang bermula semalam akan dilaksana mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.