Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah mengucapkan tahniah kepada pakar perubatan yang merawat pesakit Covid-19 kerana berjaya mengurangkan kadar kematian di negara ini.<br /><br />"Saya ingin ucapkan tahniah pada pakar-pakar kita yang berikan rawatan yang mantap dan berkesan kepada pesakit kita di ICU dan dimasukkan ke wad," katanya semasa sidang media di Putrajaya, hari ini. <br /><br />Jelasnya kadar kematian di Malaysia adalah rendah iaitu 1.58 peratus berbanding negara lain yang lebih tinggi.
