Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kapasiti makmal untuk ujian pengesanan COVID-19 juga telah dipertingkatkan kepada 43 buah makmal di seluruh.

Ia, kata beliau, membabitkan makmal daripada sektor awam, universiti dan sektor swasta.

Katanya, sebelum ini Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) merupakan satu-satunya makmal yang terlibat dalam ujian tersebut.

“Terkini, kapasiti maksima makmal untuk menjalankan ujian pengesanan dan pengesahan COVID-19 adalah sebanyak 11,546,” ujarnya.