Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia menjelaskan kelulusan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dibuat secara automatik berdasarkan data taksiran pendapatan seseorang individu pada tahun 2018 dalam rekod LHDN.

Menurut kenyataan LHDN semalam, pihaknya merujuk kepada isu beberapa Ahli Parlimen dan orang kenamaan (VIP) yang turut layak dan menerima BPN bermula 6 April lepas.

LHDN turut memaklumkan sekiranya mana-mana Ahli Parlimen atau penerima BPN lain yang ingin memulangkan semula bayaran BPN, boleh berbuat demikian dengan mengikut beberapa prosedur yang dinyatakan dalam kenyataan itu.

Sebelum ini, media melaporkan bekas Timbalan menteri sumber manusia, Mahfuz Omar dan bekas timbalan menteri hal ehwal agama, Fuziah Salleh antara Ahli Parlimen yang didakwa ‘lulus’ permohonan BPN.