Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan perintah kawalan pergerakan (PKP) akan disambung lagi dua minggu sehingga 28 April.

Keputusan itu dibuat susulan maklum balas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi membendung wabak Covid-19.

"Berdasarkan nasihat KKM dan pakar-pakar perubatan, kerajaan putuskan untuk lanjutkan (PKP) selama dua minggu lagi iaitu 15 April sehingga 28 April," katanya.

Menurut Muhyiddin, pelanjutan tempoh PKP itu adalah untuk memberi ruang kepada petugas kesihatan memerangi Covid-19 selain mengelakkan penularan semula wabak berkenaan.

Pelanjutan dua minggu itu, katanya, selaras dengan pandangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) supaya PKP tidak ditarik terlalu awal.

“Beberapa negara lain meningkat semula apabila PKP tamat,” katanya.