Surprise Me!

Belum ada bukti kukuh terowong sanitasi berkesan basmi Covid-19

2020-04-13 632 Dailymotion

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan tiada bukti saintifik setakat ini penggunaan terowong sanitasi berkesan dalam membasmi virus Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tiada bukti secara saintifik klinikal yang menyatakan penggunaan terowong sanitasi berkesan dalam membasmi Covid-19.

Menurutnya, bagaimanapun KKM di bawah Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) dengan Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC) dan Penyelidikan Klinikal Malaysia (CRM) sedang melaksanakan penyelidikan untuk melihat keberkesanan terowong sanitasi.

“Kajian sedang dilaksanakan dan harap akan memperoleh data nanti, namun setakat ini tidak ada bukti kukuh ia berkesan,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya, di sini, hari ini.

Mengulas mengenai pesakit Covid-19 yang sembuh kembali positif, Dr Noor Hisham berkata, memang ada dua tiga kes yang sudah sembuh tetapi mereka masih dalam positif lemah namun ia tidak menjangkiti tetapi pengesanannya lemah seolah-olah nampak ia positif.

Buy Now on CodeCanyon