Kes positif yang dikesan pada segelintir bekas pesakit COVID-19 yang sudah dibenarkan pulang, sebenarnya bersifat lemah dan tidak menjangkiti orang lain.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pihaknya mengesan ada beberapa bekas pesakit yang mempunyai positif lemah namun ia tidak mengesan jangkitan semula dalam kalangan mereka.

Apa yang dimaksudkan sebagai positif lemah apabila pesakit dalam peringkat peluruhan virus. Ia tidak menjangkiti tetapi pengesanan positif lemah. Tak banyak kes yang dikesan.

“Bila lihat ujian ‘weak positive’ (positif lemah) tidak banyak... ada kebarangkalian untuk mereka dijangkiti semula tetapi risikonya rendah.

“Ada dua tiga pesakit kita kesan. Ia seolah-olah memberi kes positif tapi sebenarnya dalam peringkat ‘virus shedding’ (peluruhan virus),” katanya pada sidang media harian COVID-19 di sini, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata demikian apabila ditanya mengenai laporan mengatakan seramai 91 bekas pesakit COVID-19 di Korea Selatan yang sudah dilepaskan daripada kuarantin, didapati positif selepas dikenakan ujian semula.