Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata mahasiswa di institut pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta perlu terus kekal berada di lokasi masing-masing sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Katanya, bantuan makanan dan minuman mereka akan ditanggung oleh kerajaan.

"Insya-Allah kebajikan makan minum mereka akan ditanggung oleh kerajaan.

"Jadi saya harap tidak timbul lagi perkara saya bangkitkan tadi," katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media harian PKP di Putrajaya, hari ini.