Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata 75 peratus pesakit Covid-19 yang meninggal di Malaysia adalah lelaki berbanding wanita hanya 25 peratus.

Katanya hal ini kerana kebanyakkan yang hadir di Perhimpunan Tabligh di Masjid Sri Petaling adalah lelaki.

Selain itu, katanya usia 60 tahun ke atas bagi lelaki berisiko tinggi untuk meninggal dunia.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Putrajaya, hari ini.