Surprise Me!

Warga emas maut selepas beberapa hari lalu dijumpai kelaparan di tepi pokok

2020-04-15 3 Dailymotion

Pada Isnin lepas, beberapa video dan gambar telah tular memperlihat beberapa pegawai polis membantu seorang warga emas di Kuala Lipis.

Warga emas yang duduk di tepi pokok itu memberitahu bahawa dia sudah beberapa hari tidak makan dan terpaksa keluar mencari makanan.

Apabila ditanya beberapa anggota polis yang menjumpainya disitu, dia berkata dia penat dan bukannya sakit dan mahu keluar jalan kaki membeli makanan.

Justeru, anggota polis berkenaan menghantar dia pulang ke rumah dan membelikan dia makanan seperti beras, maggi dan air mineral.

Namun berita pagi ini mengejutkan apabila Ketua Polis daerah Kuala Lipis Mohd Razis Mohd Wahid mengesahkan warga emas itu ditemui meninggal dunia di dalam rumahnya di Kuala Lipis, semalam.

Dia yang berusia 74 tahun itu dijumpai meninggal pada pukul 11 pagi.

Jelas Mohd Razis, apabila mereka tiba di rumah warga emas itu yang kelihatan seperti pondok di dalam ladang durian dan memanggilnya namun tiada yang menyahut.

Justeru polis memecahkan pintu dan melihat dia keras di dalam biliknya.

Buy Now on CodeCanyon