Menteri Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata setiap negeri perlulah selaraskan undang-undang untuk tidak membuat bazar Ramadan.

"Walaupun Majlis Daerah dan Perbandaran mereka sendiri ada kuasa untuk menentukan, tapi kita minta selepas ini selaraskan supaya tiada perbezaan dengan negeri dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Beliau berkata demikian ketika sidang media di Putrajaya, hari ini.

Selain itu, kabinet meluluskan penganjuran e-bazar menerusi pesanan yang dibuat dalam talian dan dihantar menggunakan kemudahan e-hailing.

Ismail Sabri, berkata dua lagi konsep e-bazar, iaitu pandu lalu dan ambil pesanan yang ditempah di gerai belum diluluskan serta masih diperhalusi.

“Dua lagi konsep ini, Kabinet meminta terus diperhalusi kerana kebimbangan kita jumlah kenderaan yang terbabit apabila konsep pandu lalu diperkenalkan, saya percaya akan ramai keluar serentak," katanya.