Seramai 14,922 individu ditahan kerana didapati ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa satu dan dua sejak 18 Mac hingga semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, daripada jumlah itu seramai 3,627 individu ditahan pada PKP fasa satu manakala 11,295 individu ditahan pada PKP fasa kedua.

"Seramai 5,830 individu sudah dituduh di mahkamah di seluruh negara dan kini sedang menjalani hukuman," katanya pada sidang media di Bukit Aman hari ini.