Malaysia berjaya mengawal kadar jangkitan Covid-19 tempatan berikutan polisi di mana semua pesakit yang positif virus itu diasingkan dan diberi rawatan oleh perkhidmatan kesihatan kerajaan, kata Dr Noor Hisham Abdullah.<br /><br />Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan itu berkata, amalan yang dilakukan oleh Malaysia berbeza dengan beberapa negara, di mana hanya mereka yang menunjukkan gejala yang kuat perlu dimasukkan ke hospital.
