Menteri Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata terdapat syarikat-syarikat yang tidak terlibat dalam perkhidmatan keperluan asas mengambil kesempatan untuk memulakan operasi perniagaan. <br /><br />Keadaan tersebut telah menyebabkan kesesakan lalu lintas di beberapa kawasan di ibu negara.<br /><br />Menurut Ismail lagi, mana-mana sektor berkaitan hanya dibenarkan beroperasi setelah mendapat kelulusan daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).