Setakat hari ini, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah menarik balik kelulusan terhadap empat buah syarikat yang didapati melanggar syarat-syarat kelulusan yang ditetapkan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). <br /><br />Menterinya Mohamed Azmin Ali berkata siasatan juga sedang dijalankan oleh Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Semenanjung Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap 35 syarikat yang telah dilaporkan melanggar syarat-syarat yang ditetapkan oleh MITI.