Kementerian Kesihatan Malaysia akan melakukan ujian saringan Covid-19 kepada dua kumpulan sasar iaitu pekerja asing dan pusat jagaan warga emas terutama yang sesak. <br /><br />KKM akan bekerjasama dengan beberapa NGO termasuk MERCY Malaysia dan UNHCR bagi memastikan pekerja asing yang masih belum tampil untuk melakukan ujian dapat berbuat demikian.