Presiden PKR Anwar Ibrahim mengulangi bahawa tujuan perjumpaannya dengan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dua hari lalu adalah untuk membincangkan isu penularan pandemik Covid-19, sambil menegaskan bahawa tiada isu politik yang dibangkitkan.<br /><br />Menurutnya, hal itu telah pun dimaklumkan kepada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan pada tengah hari tadi, yang diwakili oleh beberapa pemimpin dari PKR, Amanah dan DAP.