Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengesahkan terdapat satu kluster Covid-19 di Wad Melur, Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas, Sabah.<br /><br />Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, hasil siasatan setakat ini mendapati kemungkinan punca jangkitan tersebut berasal dari satu majlis perkahwinan yang berlangsung di Ipoh, Perak.<br /><br />Selain itu menurutnya jangkitan tidak berlaku dari dalam wad tetapi akibat berkumpul di ruang makan (pantry).
