Terdapat beberapa faktor perlu dipatuhi sebelum Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) boleh menasihatkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi menamatkan perintah kawalan pergerakan (PKP).<br /><br />Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, ini termasuk pengurangan kes-kes yang masih dirawat di hospital kerana pesakit-pesakit tersebut masih boleh menjangkiti orang lain.<br /><br />Selain itu faktor lain adalah pengurangan kes-kes ILI (influenza-like illness) dan SARI (severe acute respiratory infections) dalam komuniti serta tiada lagi pembentukan kluster baru.
