Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob mengingatkan orang ramai supaya berwaspada apabila membuat pembelian atas talian.

Jelasnya, pembeli perlu membuat semakan terlebih dahulu terhadap akaun bank penjual sebelum membuat pembayaran melalui portal ‘Semakmule’ Jabatan Siasatan Jenayah Komersial atau semak status penjualan dalam talian di laman web www.biztrust.ssm.com.my.

"Hal ini kerana kerugian mencecah RM4.2 juta akibat penipuan tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Putrajaya, hari ini.