Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz meminta rakyat yang sedang menunggu keputusan permohonan baru dan rayuan bagi Bantuan Prihatin Nasional (BPN) supaya bersabar sedikit lagi.

Hal ini kerana katanya, pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sedang berusaha sedaya upaya menyemak dan mengesahkan maklumat pemohon.

Tambahnya juga pembayaran BPN bagi permohonan baru dan rayuan akan dibuat pada Mei nanti.

Katanya juga sehingga 20 April 2020, lebih 3 juta permohonan baru dan rayuan diterima.

Beliau berkata demikian dalam video secara langsung yang dimuatnaik di Facebook.