Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata kerajaan mengambil maklum berkenaan veteran Angkatan Tentera (ATM) bukan pesara yang tidak mendapat bantuan khas kewangan.<br /><br />Justeru kerajaan mengambil keputusan memanjangkan bantuan ini kepada 180,000 veteran ATM bukan pesara akan menerima bantuan wang sebanyak RM500 melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN).<br /><br />Beliau berkata demikian dalam video secara langsung yang dimuatnaik di Facebook.
