Semua rakyat Malaysia perlu bertanggungjawab untuk mematuhi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selagi ia tidak ditamatkan.<br /><br />Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau percaya apabila Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Noor Hisham Abdullah semalam mengumumkan jumlah positif koronavirus (Covid-19) menurun kepada 36 kes dan tiada kematian, ramai yang merasakan bahawa PKP perlu dilonggarkan.<br /><br />"Saya harap selagi PKP tidak ditamatkan dan selagi tidak ada SOP (prosedur operasi standard) yang baharu diperkenalkan oleh kerajaan, maka peraturan yang ada pada hari ini terus kekal.
