Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata selepas mendapat pandangan dari Kementerian Kesihatan Malaysia, pelajar universiti yang berada di asrama mungkin boleh dibenarkan pulang ke kampung halaman masing-masing.

Namun katanya perlu ada prosedur operasi standard (SOP) yang ketat dimana tidak membenarkan mereka pulang serentak bagi mengelak kesesakan.

Katanya SOP itu masih dalam penelitian.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Putrajaya, hari ini.