Kita mengesyaki ada perbuatan di mana pengusaha sayuran kontang yg berhamoiran cuba utk ceroboh kawasan ni. Mereka cuba utk bakar hutan sedia ada utk cari tanah utk tanaman sayur.

Kegiatan pertanian haram di utara Kuala Langat, Selangor telah menyebabkan kebakaran di hutan simpan di sana, yang kini telah merebak ke hampir 80 hektar.

Kebakaran itu dilaporkan pada Jumaat lalu dan merebak seluas 50 hektar kawasan hutan semalam. Hari ini ia telah merebak di 30 hektar lagi.

Menurut Exco Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) dan Hal Ehwal Pengguna Selangor Hee Loy Sian, kebakaran berpunca daripada kegiatan pertanian haram.

"Kita mengesyaki pengusaha sayuran kontang berhampiran menceroboh kawasan ini dan cuba bakar hutan untuk sediakan tanah untuk tujuan penanaman," katanya ketika sidang media di Kuala Langat, semalam.