Perdana Menteri, Lee Hsien Loong, mengumumkan langkah melanjutkan tempoh pemutus rantaian jangkitan untuk empat minggu lagi, iaitu sehingga 1 Jun ini.

Dalam ucapan yang disiarkan secara langsung di televisyen dan radio tepat 5 petang tadi di Singapura, Lee berkata keputusan itu diambil berikutan kes baru Covid-19 naik secara mendadak saban hari.

Beliau berkata kerajaan mahu membendung penyakit ini dengan keras dan akan memperketatkan langkah-langkah pemutus rantaian jangkitan.

Beliau juga berkata akan berusaha menjaga pekerja asing yang terkena Covid-19 sama seperti menjaga pesakit tempatan warga Singapura Covid-19.