Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata belum ada kepulangan secara besar-besaran oleh rakyat Malaysia di Singapura yang mahu memasuki Malaysia.

Jelasnya, kerajaan Singapura masih menyediakan penempatan kepada mereka.

Beliau juga menjelaskan sekiranya mereka mahu pulang, hanya akan dibenarkan pulang secara berperingkat dan bukan sekali gus.

Jelasnya juga 10,000 bilik juga disediakan kepada rakyat Malaysia yang baru pulang dari luar negara.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Semalam, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, mengumumkan langkah melanjutkan tempoh pemutus rantaian jangkitan untuk empat minggu lagi, iaitu sehingga 1 Jun ini di Singapura.