Kerajaan menerima lebih 19,000 permohonan daripada syarikat dalam industri pembinaan, profesional dan syarikat yang menyediakan perkhidmatan kepada syarikat pembinaan untuk dibenarkan beroperasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).<br /><br />Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata daripada jumlah itu sebanyak 1,856 permohonan sudah diluluskan manakala lebih 7,000 permohonan tidak diluluskan.<br /><br />“Selebihnya iaitu kira-kira 8,000 permohonan masih dalam penilaian sama ada mereka memenuhi syarat dan kriteria yang ditetapkan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.