Surprise Me!

KKM kesan kluster baru di Pengerang babit 15 kes positif

2020-04-22 640 Dailymotion

Dalam sidang media di Putrajaya hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham berkata Kemementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesan satu kluster yang bermula di Pengerang, Johor.

Kes indeks iaitu kes ke-1508 kluster ini telah mula mengalami gejala pada 12 Mac lalu.

"Beliau telah dirawat di sebuah klinik swasta pada 16 Mac 2020 dan disyaki sebagai menghidap Demam Denggi.

"Pada keesokan hari, beliau telah merentas beberapa buah negeri untuk mengunjungi sanak saudara di sekitar Selangor sebelum pulang ke Pengerang pada 18 Mac 2020.

"Keadaan kesihatan beliau mula merosot dan dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah, Johor pada 20 Mac 2020 dalam keadaan yang kritikal. Beliau seterusnya disahkan positif jangkitan Covid-19 pada 22 Mac 2020," jelasnya.

Buy Now on CodeCanyon