Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa berkata bagi penghuni di kawasan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) yang menghadapi masalah mendapatkan keperluan harian boleh menghubungi pusat operasi yang diwujudkan di kawasan PKPD.<br /><br />Katanya risalah nombor telefon operasi itu turut diedarkan kepada seluruh penghuni.<br /><br />Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengagihkan bantuan makanan kepada penghuni di kawasan PKPD Taman Sri Murni.