Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa memohon maaf kepada penduduk di Taman Sri Murni, Selayang yang dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketat (PKPD) kerana pengagihan bantuan makanan yang tidak mencukupi.

"Saya minta maaf pada penduduk-penduduk di sini kerana dua hari pertama agihan dibuat tetapi ada sedikit kekurangan dari segi jenis barang dan taburan kesampaian," katanya.

Terdahulu, tular video mengatakan penduduk di situ mengadu bantuan makanan yang diwar-warkan pihak berkuasa belum tiba ke rumah mereka.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas membuat pengagihan bantuan makanan di situ.