"Kalau masakan berbuka puasa tidak jadi pun tak apa. Boleh 'post' dalam grup Facebook 'Masak Apa Tak Jadi Hari Ni'."<br /><br />Demikian kenyataan berseloroh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas sempena Ramadan yang disiarkan secara langsung menerusi kaca televisyen dan media sosial malam tadi.<br /><br />Beliau berkata demikian bagi mengajak rakyat Malaysia melihat keputusan kerajaan melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk tempoh dua minggu lagi sehingga 12 Mei ini secara positif.