Kerajaan akan membenarkan pergerakan penghantaran pulang pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta, termasuk politeknik dan kolej komuniti di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bermula Isnin ini secara berperingkat.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata penghantaran pulang itu dijangka membabitkan kira-kira 53,000 pelajar dan hanya membabitkan kawasan zon hijau dengan perjalanan dibuat dari jam 9 malam hingga 9 pagi bagi mengelakkan kesesakan dan pergerakan besar di waktu siang

Pelajar ini juga akan menjalani saringan gejala COVID-19 walaupun sudah lebih sebulan berada di kampus sebelum menaiki bas walaupun tiada gejala dan mereka akan dibekalkan dengan makanan dan topeng muka

Pelajar yang dibenarkan pulang akan diambil dari kampus dengan bas dan terus di bawa ke daerah masing-masing dan dihantar ke balai polis atau pejabat daerah sebelum barisan hadapan di sana menghantar mereka terus ke rumah.

Pelajar yang memiliki kenderaan sendiri juga dibenarkan memandu pulang dengan syarat perjalanan tidak merentas negeri dan mereka hanya memandu seorang sahaja.