Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata mengenai isu bakul makanan yang diterima ahli parlimen cuma bernilai RM35 sahaja sebungkus itu, bukanlah dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Katanya bakul makanan itu adalah dari badan bukan kerajaan (NGO) yang ingin menyumbang, dan sumbangan mereka itu terpulang kepada berapa jumlah yang ingin diberi.

Terdahulu, anggota parlimen PH mendakwa bantuan makanan Covid-19 kerajaan untuk golongan 40 peratus berpendapatan paling rendah (B40) tidak bernilai RM100 seperti dijanjikan.

Wakil rakyat Rasah Cha Kee Chin berkata pejabatnya menerima 150 bungkusan malam tadi tetapi nilainya dianggarkan cuma sekitar RM35.