Bekas Perdana Menteri Najib Razak hari ini mengingatkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) supaya peka dengan derita yang dihadapi oleh golongan yang paling terjejas susulan perintah kawalan pergerakan (PKP).

Katanya dalam satu hantaran di Facebook, kerajaan tidak boleh kedekut dengan rakyat pada saat mereka amat memerlukan bantuan dan perhatian dari kerajaan.

Golongan seperti B40 dan M40 perlu dibantu dengan pakej lanjutan kerana pandemik ini tidak mengizinkan mereka keluar mencari rezeki demi kelangsungan hidup keluarga.

Jelasnya, ia akan menjadi salah kerajaan jika PKP dilanjutkan buat kali ketiga tanpa bantuan ditambah atau lambat disalurkan.

Semalam, Muhyiddin mengumumkan PKP akan dilanjutkan dua minggu lagi sehingga 12 Mei