Pegawai Korea Selatan memberi amaran di tengah laporan bahawa pemimpin Korea Utara Kim Jong Un sedang sakit, sambil menekankan bahawa mereka tidak mengesan pergerakan luar biasa di Korea Utara.<br /><br />Menteri Penyatuan Korea Selatan Kim Yeon-chul yang mengetuai hubungan dengan Korea Utara mengatakan kerajaan Korea Selatan yakin tidak ada apa yang luar biasa terjadi di Korea Utara ketika ini<br /><br />Khabar angin dan spekulasi mengenai kesihatan pemimpin Korea Utara itu bermula setelah dia tidak tampil di khalayak umum pada hari cuti 15 April lalu dan tidak kelihatan sejak itu.
