Semua ahli Parlimen perlu menjalani ujian saringan Covid-19 pada 14 atau 15 Mei ini, sebelum berlangsungnya persidangan Dewan Rakyat yang dijadualkan pada 18 Mei ini.<br /><br />Menurut notis yang dilihat oleh Malaysiakini, ujian tersebut akan diadakan di bangunan Parlimen pada jam 9 pagi hingga 3 petang.<br /><br />Wakil rakyat perlu mendapatkan surat pengesahan daripada doktor sekiranya berhasrat untuk menjalani ujian tersebut di hospital atau klinik.