Kerajaan bersetuju membenarkan sektor ekonomi yang telah dibenarkan beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) beroperasI sepenuhnya tanpa sekatan masa bermula esok, 29 April, 2020.<br /><br />Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI) Mohamed Azmin Ali bagaimanapun berkata, syarikat dalam sektor yang dibenarkan ini wajib mematuhi syarat-syarat Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan bagi sektor masing-masing.
