Dalam keadaan terdesak, rasa nekad adakalanya boleh mendorong manusia melakukan hal-hal luar jangka.

Seperti perkongsian seorang bapa baru-baru ini yang rela berjalan kaki dari Shah Alam untuk pulang ke kampung halamannya di Tanah Merah bagi bertemu keluarganya.

Kata Muhamad Nor Ramlee, dia mengambil keputusan pulang ke rumahnya di Kampung Lawang, Jedok itu setelah tersentuh dengan kata-kata anaknya ketika berhubung menerusi panggilan video pada 24 April lalu.

Sementara itu di selatan tanah air, gara-gara tidak dapat memperbaharui pas lawatan sosial anak lelakinya, seorang ibu mengandung Jessi New nekad berjalan kaki merentas Tambak Johor dari Singapura, bersama anak lelakinya berusia dua tahun.