Seramai 643 individu ditahan semalam berbanding 489 tahanan pada hari sebelumnya atas kesalahan ingkar terhadap perintah kawalan pergerakan (PKP).

Menurut Menteri Kanan, Ismail Sabri Yaakob, dari jumlah itu 576 telah direman manakala 67 orang individu diberikan jaminan polis.

Setakat ini 947 individu telah didakwa di mahkamah atas kesalahan ingkar PKP.

Jumlah kumulatif tangkapan sepanjang PKP adalah sebanyak 21,749.