Usul bagi membuka semula taska pada perintah kawalan pergerakan (PKP) fasa 4 akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) esok.<br /><br />Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata tiada masalah untuk taska beroperasi semula sekiranya garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dipatuhi.