Bekas anggota parlimen, M Manoharan menyeru Mahkamah Tinggi melakukan semakan dan meningkatkan hukuman yang dikenakan terhadap Timbalan Menteri Kesihatan, Noor Azmi Ghazali dan exco Perak, Razman Zakaria kerana melanggar perintah kawalan pergerakan (PKP).

Manoharan, yang merupakan seorang peguam, berkata kedua-dua mereka harus dipenjarakan kerana denda "tidak mencukupi" atas kesalahan yang dilakukan.

Noor Azmi dan Razman pada Selasa lalu mengaku bersalah kerana melanggar PKP ketika melawat dan berkongsi hidangan di sebuah sekolah tahfiz di Lenggong awal bulan ini tanpa mengamalkan penjarakan sosial.

Mereka masing-masing didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di Gerik.