Seramai 154 individu ditahan dalam serbuan di sebuah kawasan hutan yang diteroka di Ulu Rening, Batang Kali, Hulu Selangor, kelmarin dituduh di mahkamah kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semalam.<br /><br />Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Fadzil Ahmatberkata kesemua mereka dituduh mengikut Seksyen 6 (1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.<br /><br />Kumpulan terdiri daripada lelaki, wanita, kanak-kanak dan bayi yang dipercayai membuat penempatan haram dengan membina khemah di dalam hutan dan atas bukit di kawasan berkenaan.