NGO Lawyer for Liberty (LFL) meluahkan rasa bimbang susulan peningkatan jumlah tangkapan, reman dan hukuman penjara ke atas orang ramai yang ingkar mematuhi perintah kawalan pergerakan (PKP).<br /><br />Dalam satu kenyataan, penyelaras undang-undang LFL Zaid Malek berkata tindakan itu bertentangan dengan panduan antarabangsa berkenaan penahanan ketika pandemik Covid-19<br /><br />Jelasnya, jumlah tangkapan individu yang ingkar PKP amat membimbangkan, iaitu melebihi 20,000 orang setakat ini, walaupun hakikatnya menurut ketua polis negara tahap kepatuhan difahamkan sangat tinggi, iaitu sehingga 99 peratus.
