Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob hari ini berkata, kesesakan yang berlaku di pasaraya dan pasar awam adalah kerana premis tersebut mengikut SOP yang disediakan Majlis Keselamatan Negara (MKN).<br /><br /> Kesesakan dijangka meningkat selepas MKN membenarkan dua orang ahli keluarga keluar membeli keperluan harian mulai semalam. <br /><br />Ismail turut mencadangkan suami untuk menunggu di dalam kereta ketika isteri membeli barangan keperluan harian bagi mengelakkan kesesakan di pasar awam atau pasaraya.
