Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob berkata penerbangan domestik dibenarkan kepada syarikat-syarikat penerbangan mengikut keperluan, termasuk ke Sabah dan Sarawak.<br /><br />Beliau mengulas mengenai syarikat penerbangan Air Asia yang telah menyambung semula penerbangan domestik di Malaysia mulai hari ini. <br /><br />Bagaimanapun penumpang penerbangan domestik tertakluk dengan SOP yang ditetapkan iaitu harus memohon kebenaran daripada polis dan mengkuarantinkan diri selama 14 hari setibanya dari Sabah dan Sarawak.
